Tuesday, August 28, 2012

Misteri Buku Yang Tidak Dapat Dibaca

Manuskrip Voynich


Manuskrip Voynich, digambarkan sebagai "manuskrip yang paling misteri di dunia", yang ditemui pada awal abad ke-15,berkemungkinan dari utara Italy.Ia dinamakan sempena penjual buku Wilfrid Voynich yang membelinya pada tahun 1912.

Beberapa mukasurat telah hilang,namun versi terkini memiliki 240 mukasurat,kebanyakkannya mempunyai ilustrasi.Kebanyakkan dari mukasuratnya menceritakan tentang manuskrip herba bagi zaman itu,menggambarkan tentang herba yang berkemungkinan untuk tujuan perubatan.Bagaimanapun,kebanyakkan daripada tumbuhan yang digambarkan tidak menyamai spesis yang telah ditemui,serta bahasa dan tulisan nya tidak diketahui dan tidak dapat dibaca walaupun telah dikaji oleh pakar-pakar perungkai kod-kod manuskrip sehingga ke hari ini.

Manuskrip Vounich telah didermakan kepada Yale University's Beinecke Rare Book and Manuscript Library pada tahun 1969,di mana ia telah dikatalogkan di bawah nombor MS 408 dan dinamakan "Cipher Manuscript".






Dokumentari tentang Voynich Manuscript

Friday, August 3, 2012

Kisah Sebenar Muammar Gaddafi


Muammar Muhammad Abdul Salam Abu Minyar al-Gaddafi (Bahasa Arab: معمر محمد عبدالسلام احميد بومنيار القدافى) (Jun 1942- 20 Oktober 2011) lebih dikenali sebagai Muammar Gaddafi ialah seorang pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tidak berdarah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya. Tempoh pemerintahan yang kini hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.

Ideologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.

Pada awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar "mati syahid" jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati. Pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap kemanusiaan; pada 27 Jun, pernohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.

Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.Pada hari Khamis, 20 Oktober 2011, Gaddafi berjaya dikesan di kampung asalnya di Sirte dan berjaya ditembak mati.
Video ini menerangkan konspirasi disebalik pembunuhan Gaddafi

Peribadi Gaddafi yang sebenar:-

1.   Pada tahun 1951,Libya adalah antara negara termiskin di dunia akibat campurtangan NATO.Sebelumnya rakyat Libya hidup dalam keadaan baik di bawah Afrika.

2.    Di Libya,rumah adalah dianggap hak asasi manusia.Setiap pasangan yang baru berkahwin akan menerima $50,000 unutk membeli dan memiliki rumah sendiri

3.    Bekalan elektrik adalah percuma kepada semua rakyat dan Gadaffi berjanji untuk memastikan setiap penduduk nya memilik rumah.

4.    Sebelum pemerintahan Gaddafi,kurang dari 1/5 rakyat Libya tidak mempunyai pendidikan.Semasa pemerintahan Gaddafi,pendidikan percuma dan berkualiti malah tahap celik ilmu adalah 83%.

5.    Penjagaan kesihatan juga adalah percuma dan berkualiti tinggi.Jika keperluan pendidikan dan kesihatan tidak dapat dimiliki di Libya,kerajaan akan memberikan dana kepada mereka untuk mendapatkan nya di luar negara.

6.    Semua bentuk pinjaman adalah 0% interest

7.    Jika seseorang rakyat Libya membeli kereta,kerajaan akan membayar 50% daripada harga keseluruhannya.

8.    Harga bahan api hanya $0.14 sen

9.    Jika seseorang rakyat Libya ingin menjadi pekebun,mereka akan diberikan kegunaan tanah ,sebuah rumah,peralatan,stok simpanan, dan benih secara percuma.

10.  Pada 1 Julai 2011, 1.7juta penduduk berkumpul di Green Square,Tripoli untuk membantah pengeboman NATO ke atas Libya.Ini mewakili 95% populasi di Tripoli dan 1/3 dari keseluruhan penduduk
rakyat Libya.
Peace!

Tuesday, July 31, 2012

Upacara Freemason Didedahkan

Pertubuhan Freemason adalah satu kumpulan yang bergerak secara senyap dan mempunyai ahli yang ramai di serata dunia.Ramai antara mereka adalah dari golongan orang-orang kaya dan sangat berpengaruh termasuk juga dari golongan artis.

Kumpulan ini sering dikaitkan sebagai perancang untuk acara dan peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di serata dunia seperti dalam dunia muzik,filem,sukan,perang dan sebagainya.Penglibatan mereka yang terkenal sering dikaitkan oleh ahli-ahli teori konspirasi adalah tentang perang dunia pertama,perang dunia kedua dan kemungkinan akan wujudnya perang dunia ketiga seperti yang dibincangkan oleh pakar-pakar teori konspirasi.Perang-perang di zaman moden ini pun dikaitkan dengan Freemason termasuk perang Afghanistan dan Iraq.Peristiwa 9/11, dimana World Trade Centre telah dilanggar oleh kapal terbang yang dikatakan dirampas oleh pengganas Al-Qaeda.Namun kejadian tersebut dipertikai oleh banyak pihak dan mengatakan bahawa peristiwa itu dilakukan sendiri oleh kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bush dan didalangi oleh Freemason.

Freemason ini merancang untuk menubuhkan New World Order iaitu suatu kuasa pemerintahan dibawah satu kerajaan.Dikatakan juga mereka ini terlibat dalam upacara penyembahan syaitan dan ada membuat upacara korban seperti yang didedahkan oleh Alex Jones(salah seorang konspirator).
Video ini menunjukkan satu upacara sedang dijalankan di Bohemian Grove (tempat perjumpaan ahli Freemason).

Video ini dirakam secara sulit di mana upacara mengambil ahli baru untuk menjadi ahli Freemason.

Video ini menunjukkan satu persembahan di hadapan ahli-ahli Freemason.

Pada pembukaan Olimpik London 2012 ada juga terdapat persamaan dalam bentuk persembahan simbolik seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli Freemason ketika melakukan ritual mereka.
Bagaimanapun pertubuhan Freemason ini tidak pernah mengaku seperti apa yang dilemparkan kepada mereka.Mereka bergerak sebagai pertubuhan yang menjalankan kerja-kerja amal.


Logo rasmi Freemason