1.Chemtrails
Tiada siapa yang mempertikai bahawa apabila melihat sebuah pesawat terbang tinggi di langit, anda sering melihat jejak putih di belakang. Tetapi adakah ini contrail pesawat semata-mata atau konspirasi kerajaan menyembur bahan kimia di udara? Konspirasi ini adalah antara yang terkenal di kalangan ahli-ahli teori konspirasi.
2.Chemtrails Atau contrail?
"Contrail" adalah singkatan untuk denai pemeluwapan wap air atau hablur ais jejak dipancarkan dari enjin pesawat udara. Walau bagaimanapun, sesetengah orang percaya bahawa sesetengah laluan ini mengandungi bukan wap air dan kristal ais, tetapi kimia atau agen biologi. Tidak ada fakta tepat bila atau di mana idea chemtrails mula muncul, tetapi menjadi suatu trend yang membimbangkan di Amerika Syarikat.
3.Maksud rahsia
Sesetengah orang mempercayai bahawa matlamat chemtrails ini adalah untuk mengubah suai cuaca, mungkin dalam usaha untuk melambatkan perubahan iklim. Sesetengah yang lain pula berfikir ia adalah untuk mengawal tingkah laku manusia -..anggapan konspirasi yang paling extreme adalah chemtrails digunakan untuk meracun manusia secara besar-besaran sebagai langkah untuk mengawal populasi kepada tahap yang lebih sedikit..
4.Perubahan Cuaca, Perubahan Dalam Tingkah Laku
Teknologi pengubahsuaian cuaca bukan fiksyen sains - ia adalah fakta sains. Pada skala rendah mempunyai keupayaan untuk membuat hujan di kawasan gersang dengan penyemaian awan iodida perak. Yang selama ini boleh digunakan untuk tujuan kemanusiaan, sejak Perang Vietnam teknik ini telah digunakan oleh tentera. Operasi Popeye adalah satu program untuk membuat hujan dalam Laluan Ho Chi Minh, menyekat laluan utama bekalan Vietcong.
5.Sukan Olimpik 2008
Kerajaan China mempunyai biro pengubahsuaian cuaca yang telah diperlihatkan ke mata orang awam semasa Sukan Olimpik 2008, apabila mereka mendakwa bahawa teknik pengubahsuaian cuaca akan digunakan untuk menghalang hujan di stadium utama Olimpik.Kerajaan Rusia telah menjalankan kerja yang luas dalam bidang ini, sebagaimana mempunyai penglibatan banyak kerajaan-kerajaan lain dan syarikat-syarikat swasta dari seluruh dunia.
6.Anda Tidak Perlu Pengkaji Cuaca..
Katakan anda boleh menukar arah taufan. Teknologi sama yang boleh menyelamatkan nyawa juga boleh digunakan untuk mengemudi taufan Kategori 5 ke arah sebuah negara yang mungkin tidak menyedari ia adalah sasaran serangan secara sengaja.
7.Kesedaran chemtrails
Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Chemtrails Awareness mempunyai lebih dari 11,500 peminat Facebook. Di bahagian 'About' ada menyebutkan: "Adalah amat sedih untuk menonton langit biru cantik hilang di sebalik kelabu asap dari jet. Apa pun, ia mesti akan mempunyai kesan besar-besaran kepada sistem eko semulajadi .. kunci nya adalah penyeberan kesedaran! " Tetapi melainkan jika tiada bukti yang kukuh, yang tidak dapat dicari, kebanyakan orang akan percaya bahawa "asap jet" hanyalah sekadar ...asap dari jet.
8.Sickos
SuperCell.org ,pakar-pakar chemtrails mendakwa bahawa "chemtrails menyebabkan penyakit, ruam, cuaca yang tidak normal, aluminium / barium pelindung matahari, dan penyebab kemarau, tetapi tiada bukti yang kukuh untuk menyokong pendapat tersebut.
9.Media
Jika anda buat carian Google chemtrails, anda akan mendapat berjuta-juta hits. Tetapi jika anda mencari laman web Google News, anda akan dapati sedikit sahaja menyebut tentang subjek tersebut - dan hampir tiada apa-apa dalam laman web berita arus perdana. Bagaimanakah subjek seperti jejak dalam talian yang besar dan lagi akan diabaikan oleh media? Para pengkaji mempercayai bahawa media juga ada hubung kait terhadap perkara ini dan melindungi cerita mengenainya.
10.Semburan
Dengan teori konspirasi 9/11, komuniti aktivis telah mencuba untuk menyebarkan isu chemtrail ke dalam arus perdana. Berikutan dengan peristiwa 9/11, beberapa filem dokumentari telah diterbitkan iaitu What In The World Are They Spraying? berkaitan tentang Chemtrail dan Loose Change berkaitan dengan peristiwa serangan 9/11 ..Malangnya masih ramai lagi yang tidak menontonnya..
No comments:
Post a Comment