Tuesday, July 31, 2012

Upacara Freemason Didedahkan

Pertubuhan Freemason adalah satu kumpulan yang bergerak secara senyap dan mempunyai ahli yang ramai di serata dunia.Ramai antara mereka adalah dari golongan orang-orang kaya dan sangat berpengaruh termasuk juga dari golongan artis.

Kumpulan ini sering dikaitkan sebagai perancang untuk acara dan peristiwa-peristiwa besar yang berlaku di serata dunia seperti dalam dunia muzik,filem,sukan,perang dan sebagainya.Penglibatan mereka yang terkenal sering dikaitkan oleh ahli-ahli teori konspirasi adalah tentang perang dunia pertama,perang dunia kedua dan kemungkinan akan wujudnya perang dunia ketiga seperti yang dibincangkan oleh pakar-pakar teori konspirasi.Perang-perang di zaman moden ini pun dikaitkan dengan Freemason termasuk perang Afghanistan dan Iraq.Peristiwa 9/11, dimana World Trade Centre telah dilanggar oleh kapal terbang yang dikatakan dirampas oleh pengganas Al-Qaeda.Namun kejadian tersebut dipertikai oleh banyak pihak dan mengatakan bahawa peristiwa itu dilakukan sendiri oleh kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bush dan didalangi oleh Freemason.

Freemason ini merancang untuk menubuhkan New World Order iaitu suatu kuasa pemerintahan dibawah satu kerajaan.Dikatakan juga mereka ini terlibat dalam upacara penyembahan syaitan dan ada membuat upacara korban seperti yang didedahkan oleh Alex Jones(salah seorang konspirator).
Video ini menunjukkan satu upacara sedang dijalankan di Bohemian Grove (tempat perjumpaan ahli Freemason).

Video ini dirakam secara sulit di mana upacara mengambil ahli baru untuk menjadi ahli Freemason.

Video ini menunjukkan satu persembahan di hadapan ahli-ahli Freemason.

Pada pembukaan Olimpik London 2012 ada juga terdapat persamaan dalam bentuk persembahan simbolik seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli Freemason ketika melakukan ritual mereka.
Bagaimanapun pertubuhan Freemason ini tidak pernah mengaku seperti apa yang dilemparkan kepada mereka.Mereka bergerak sebagai pertubuhan yang menjalankan kerja-kerja amal.


Logo rasmi Freemason



No comments:

Post a Comment