Tuesday, July 31, 2012

10 Empangan Terbesar di Dunia


10.SRISAILAM DAM – INDIA
Terletak di sungai Krishna, Empangan Srisailam dibina di Bukit Nallama berkedudukan lebih kurang 300 meter di atas paras laut.Empangan ini adalah salah satu daripada 12 empangan terbesar di negara itu dari segi pengeluaran kuasa hidroelektrik untuk tujuan pengairan di daerah Kurnool dan Curdappah.

9.NAGARJUNA SAGAR - INDIA
Empangan Nagarjuna Sagar terletak di daerah Nalgonda ,Andhra Pradesh ,Indian.Dianggap binaan antara yang terbesar di Asia, siap dibina pada tahun 1966 dan mempunyai 26 crest gates setiap satu.Berdasarkan binaannya, ia adalah yang tertinggi di dunia dan memiliki tasik buatan manusia yang ketiga terbesar di dunia.Empangan dan terusan nya adalah sangat penting sebagai sistem pengairan di kawasan sekitarnya.

8. VERZASCA DAM – SWITZERLAND
Empangan Verzasca juga dikenali sebagai Empangan Contra, dibina di antara 1960 dan 1965 di Val Verzasca, Switerland.Empangan ini dibina oleh Verzasca Sa,sebuah syarikat yang menghasilkan kuasa elektrik di kawasan tersebut dan akan terus menjana elektrik sehingga tahun 2046.Takungan Lago Di Vorgono yang terbina sendiri melalui empangan itu,mampu mencetuskan gegaran seperti gempa bumi apabila air sedang di penuhkan.

7. ATATURK DAM – TURKEY
Siap dibina pada tahun 1990, Empangan Atarturk di Turki adalah empangan berbatu di Sungai Euphrates .Nama asal nya adalah Empangan Karababa, kemudian dinamakan semula sempena menghormati Mustafa Kemal Atarturk sebagai pengasa kepada Turkish Republic.Empangan ini bertanggungjawab sebagai sistem pengairan dan juga penjana elektrik bagi kawasan itu

6. MANGLA DAM – PAKISTAN
Empangan ke-12 terbesar di dunia ini dibina pada tahun 1967 dan dibiayai oleh Bank Dunia.Empangan ini bina di atas persetujuan Indus Waters Treaty pada tahun 1960 yang memberi kan hak sungai Ravi,Beas, dan Suglej kepada Pakistan.Sebelumempangan ini dibina,sistem pengairan Pakistan hanya bergantung kepada aliran sungai Indus yang tidal dikawal.

5. TARBELA – PAKISTAN
Siap dibina pada tahun 1976,Empangan Tarbela juga dikenali sebagai Torabela atau Pashto, dianggap sebagai yang terbesar pernah dibina oleh Pakistan di Sungai Indus.Walaupun bukan empangan yang terbesar di dunia,ia adalah empangan yang dipenuhi air secara semulajadi oleh bumi.Empangan ini menyimpan air bukan sahaja sebagai kawalan kepada banjir malah berfungsi sebagai sistem pengairan dan juga penjana hidro-elektrik.

4. FORT PECK – UNITED STATES
Empangan Fort Peck terletak di timur laut Montana adalah salah satu daripada empangan yang ada di Sungai Missouri.Pembinaannya bermula pada 1933 sebagai sebahagian daripada rancangan New Deal oleh Presiden Franklin D. Roosevelt dan menyediakan peluang pekerjaan kepada 11,000 orang semasa pembinaannya.Empangan ini telah membentuk Tasik Fort Peck dan berfungsi sebagai kawalan banjir dan menjana kuasa elektrik

3. ASWAN DAM – EGYPT
Empangan Aswan Dam terbahagi kepada dua,Empangan Aswan High dan Empangan Aswan Low.Pada zaman dahulu diketahui Sungai Nil akan banjir ketika musim panas akibat daripada aliran air dari Timur Afrika.Apabila populasi disekitar Sungai Nil itu semakin bertambah,langkah-langkah untuk mengawal banjir harus di laksanakan di kawasan ini.Sekarang,tanah disekitar nya cukp subur untuk tujuan pertanian dan penduduk tidak perlu risau tentang masalah banjir

2. SYNCRUDE TAILINGS – CANADA
Terletak di Fort McMurray diAlberta Canada, Empangan Syncrude Tailings dianggarkan mempunyai 540,000,000 isipadu air.Empangan ini diuruskan oleh syarikat Syncrude ltd,iaitu sebuah syarikat yang bertanggungjawab mengeluarkan hasil minyak di Athabasca Oil Sands.

1. THREE GORGES – CHINA
Empangan The Three Gorges di China ini adalah projek yang terbesar di dunia.Dijangkakakn mempunyai isipadu sebanyak 39,300,000,000 meter padu.Pembinaan empangan ini mempunyai impak yang besar kepada Sandouping,di mana menyebabkan beberapa buah kampung harus dipindahkan dan juga perubahan kepada pemandangannya.Kerana ketinggian Empangan The Three Gorges ini membuatkan seolah-olah bukit disekitarnya nampak lebih rendah.
Empangan ini bukan sahaja antara yang terbesar, malah dianggap antara yang paling berfungsi,cantiik dan mempunyai nilai estetika di dunia.

Monday, July 23, 2012

Whistleblower Mendedahkan Pelan Pemindahan London pada Olimpik 2012

Seorang wartawan penyamaran (undercover) yang menggelarkan diri mereka ‘Lee Hazledean’ ,mendedahkan bagaimana cara G4S dicerobohinya (G4S adalah syarikat yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan Olimpik London) menemui pelan rancangan yang mengejutkan iaitu pemindahan seluruh rakyat London,200,000 keranda (casket linings) dalam keadaan 'stanby' dan prosedur keselamatan yang membiarkan temasya itu terdedah untuk serangan.



  1. Temuramah Hazledean bersama Tony Gosling,editor Bilderberg.org dan pengacara BCFM’s Friday Drivetime telah mendapat perhatian di laman web selama beberapa hari kebelakangan ini.Hazledean adalah wartawan undercover untuk sebuah rancangan televisyen di London dan bekerjasama dengan agensi berita.Tetapi apabila dia pergi membawa berita hangat ini ke media mainstream,mereka langsung tidak menunjukkan minat.
  2. Apabila Hazledean meminta Channel 4 News Home Affairs untuk menyiarkan cerita itu,Andy Davies bagi pihak berita itu tidak menunjukkan minat.Kemudian dalam beberapa hari kemudian Channel 4 tersebut mengeluarkan sedikit info berkaitan G4S yang menggambarkan syarikat keselamatan itu sebagai sangat boleh dipercayai dan kompeten.
  3. Hazledean menceritakan bagaimana dia mengisi borang permohonan untuk menyertai syarikat keselamatan G4S tersebut yang mana syarikat itu tidak melakukan pemeriksaan latar belakang kepadanya.
  4. Para petugas hanya diberi dua hari untuk latihan pemeriksaan seperti di lapangan terbang iaitu termasuk body scanner,yang mana akan di tutup operasi nya apabila tiba waktu puncak.Bermakna pengganas boleh masuk dengan sangat mudah ke arah temasya sukan itu nanti dengan kelengkapan persenjataan dan memiliki peluang untuk tidak dikesan.
  5. Hazledean juga mendedahkan tentang tentera-tentera yang dibawa masuk ke London untuk mengawasi Sukan Olimpik tersebut dan menempatkan tentera-tentera PBB di sekitar London,termasuk tentera dari Amerika dan Jerman.
  6. Pakaian seragam yang diserahkan kepada petugas-petugas G4S ada juga yang telah dicuri
  7. Pendedahan yang paling mengejutkan Hazledean adalah persediaan untuk memindahkan orang awam untuk keluar dari London dan pihak keselamatan adalah pihak yang akan menguruskan untuk mengeluarkan orang awam tersebut dari London."Mereka terlalu serius tentang hal untuk pemindahan ini"-kata Hazledean.Syarikat itu menekankan tentang hal pemindahan lebih dari hal-hal keselamatan Olimpik itu sendiri. 
  8. Satu lagi perkara yang mengejutkan Hazledean adalah persediaan 200,000 keranda sementara(casket lining) yang dibawa masuk ke London yang boleh memuatkan empat mayat sekaligus.
  9. Dikatakan juga Predator Drone(pesawat tanpa juruterbang) akan mengelilingi London dan sentiasa bersedia untuk serangan pengganas.Petugas-petugas G4S juga ditayangkan video bagaimana drone itu membunuh sekumpulan orang di Afganistan.
Perkara ini seperti diceritakan di Infowars.com


.



Sunday, July 22, 2012

Bukti Penipuan Pendaratan Manusia di Bulan

Bukti Foto : Semua bukti ini telah didokumentasikan di www.aulis.com dan boleh didapati di dalam simpanan NASA
Terdapat beberapa kepinf foto menunjukkan bayang astronaut,bendera,batu dan lain-lain objek,jatuh di tempat yang berlainan.Perkara ini mustahil jika tiada sumber cahaya lain yang dibawa ke atas bulan.Sumber cahaya hanya datang dari matahari dan dari satu arah,bayang juga seharusnya pada satu arah,bukan nya dua.
Kelihatan bayang batu tidak sejajar dengan bayang pada objek di atas.
Dalam salah satu foto Apollo 17,kelihatan rover masih lagi dalam bungkusan,tetapi kesan tayar sudah wujud disekitarnya.
Dalam foto di atas terdapat refleksi berbentuk seperti lampu studio.
Foto di atas menunjukkan dua punca cahaya dari arah berlainan.
Di atas menunjukkan beberapa keping gambar yang tidak sekata dan berubah-ubah.

-Beberapa keping foto Buzz Aldrin dalam misi Apollo 11 kerap menunjukkan warna sarung tangan brtukar-tukar dari warna putih ke kelabu gelap dan putih semula.
-Banyak juga foto rover,tetapi tiada kesan tayar berhampiran nya,tetapi di bahagian-bahagian lain foto.
-Kesan tapak kasut astronaut juga banyak kelihatan di dalam foto,tetapi tiada yang menghala ke arah astronaut tersebut.Mereka seperti di turunkan dari wayar kabel.

Tedapat banyak lagi bukti yang akan didedahkan di sini.

-akan bersambung.....