Monday, July 23, 2012

Whistleblower Mendedahkan Pelan Pemindahan London pada Olimpik 2012

Seorang wartawan penyamaran (undercover) yang menggelarkan diri mereka ‘Lee Hazledean’ ,mendedahkan bagaimana cara G4S dicerobohinya (G4S adalah syarikat yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan Olimpik London) menemui pelan rancangan yang mengejutkan iaitu pemindahan seluruh rakyat London,200,000 keranda (casket linings) dalam keadaan 'stanby' dan prosedur keselamatan yang membiarkan temasya itu terdedah untuk serangan.



  1. Temuramah Hazledean bersama Tony Gosling,editor Bilderberg.org dan pengacara BCFM’s Friday Drivetime telah mendapat perhatian di laman web selama beberapa hari kebelakangan ini.Hazledean adalah wartawan undercover untuk sebuah rancangan televisyen di London dan bekerjasama dengan agensi berita.Tetapi apabila dia pergi membawa berita hangat ini ke media mainstream,mereka langsung tidak menunjukkan minat.
  2. Apabila Hazledean meminta Channel 4 News Home Affairs untuk menyiarkan cerita itu,Andy Davies bagi pihak berita itu tidak menunjukkan minat.Kemudian dalam beberapa hari kemudian Channel 4 tersebut mengeluarkan sedikit info berkaitan G4S yang menggambarkan syarikat keselamatan itu sebagai sangat boleh dipercayai dan kompeten.
  3. Hazledean menceritakan bagaimana dia mengisi borang permohonan untuk menyertai syarikat keselamatan G4S tersebut yang mana syarikat itu tidak melakukan pemeriksaan latar belakang kepadanya.
  4. Para petugas hanya diberi dua hari untuk latihan pemeriksaan seperti di lapangan terbang iaitu termasuk body scanner,yang mana akan di tutup operasi nya apabila tiba waktu puncak.Bermakna pengganas boleh masuk dengan sangat mudah ke arah temasya sukan itu nanti dengan kelengkapan persenjataan dan memiliki peluang untuk tidak dikesan.
  5. Hazledean juga mendedahkan tentang tentera-tentera yang dibawa masuk ke London untuk mengawasi Sukan Olimpik tersebut dan menempatkan tentera-tentera PBB di sekitar London,termasuk tentera dari Amerika dan Jerman.
  6. Pakaian seragam yang diserahkan kepada petugas-petugas G4S ada juga yang telah dicuri
  7. Pendedahan yang paling mengejutkan Hazledean adalah persediaan untuk memindahkan orang awam untuk keluar dari London dan pihak keselamatan adalah pihak yang akan menguruskan untuk mengeluarkan orang awam tersebut dari London."Mereka terlalu serius tentang hal untuk pemindahan ini"-kata Hazledean.Syarikat itu menekankan tentang hal pemindahan lebih dari hal-hal keselamatan Olimpik itu sendiri. 
  8. Satu lagi perkara yang mengejutkan Hazledean adalah persediaan 200,000 keranda sementara(casket lining) yang dibawa masuk ke London yang boleh memuatkan empat mayat sekaligus.
  9. Dikatakan juga Predator Drone(pesawat tanpa juruterbang) akan mengelilingi London dan sentiasa bersedia untuk serangan pengganas.Petugas-petugas G4S juga ditayangkan video bagaimana drone itu membunuh sekumpulan orang di Afganistan.
Perkara ini seperti diceritakan di Infowars.com


.



No comments:

Post a Comment