1.Foto Geotagged
Masukkan gambar ke laman rangkaian sosial dan anda memberi peluang untuk penjahat untuk merompak anda. Bersama-sama didalam gambar yang diambil terdapat maklumat lengkap lokasi gambar itu diambil. Ia adalah suatu perkara yang mudah untuk-bakal-pencuri untuk mencari frasa yang mudah seperti "bercuti," menemui alamat rumah melalui geotags, dan merompak rumah yang diketahui bahawa penghuninya tiada di rumah kerana keluar bercuti..
2.iPhone Tracking
IPhone merevolusikan industri telefon pintar dan dengan cepat menjadi satu perkara yang mesti dimiliki. Tetapi ia telah didedahkan bahawa iPhone menyimpan maklumat mengenai pengguna dan lokasi semasa, dan maklumat tersebut dibiarkan tidak berkunci..menjadikan ia mudah untuk pengodam menembusi dan mencuri maklumat dan mengetahui lokasi dengan tepat.Bagaimanapun Apple menafikan hal tersebut..
3.Pakaian dalam di Walmart
Menurut Wall Street Journal, Walmart mula memasang tag RFID radio ID yang kerap dan berterusan memancarkan isyarat. Berfungsi untuk mengesan dan merekod jumlah pakaian yang telah dijual dan yang masih ada di dalam stok simpanan..Namun anda masih boleh membuang tag tersebut jika tahu di mana hendak mencarinya..Tetapi membuka peluang kepada perompak untuk mencari tag tersebut yang telah dibuang kemudian mendapat maklumat di mana pakaian itu di beli..seterusnya perompak dapat membuat andaian bila dan di mana anda akan membeli belah selepas ini.
4.Kupon Dalam Talian
Dalam dunia yang banyak melibatkan talian,pembeli perlu berhati-hati dengan apa yang dibeli dan juga kupon yang mereka miliki.Tersembunyi di antara Bar Code adalah,maklumat terperinci tentang siapa yang mencetak dan bila ianya dicetak,serta keyword yang digunakan untuk sampai kepada kupon itu,IP address ,malah maklumat Facebook juga ada disimpan.
5.Kupon Telefon
Peniaga pada masa ini telah cuba bereksperimen dengan teknlogi membeli belah menggunakan telefon bimbit,di mana pengguna boleh menggunakan telefon untuk mendapatkan diskaun..Walaupun syarikat syarikat tersebut menjanjikan sistem keselamatan yang kuat,namun kerisauan itu tetap ada..Maklumat di talian memang sangat mudah ditembusi dan mudah disalah gunakan oleh orang lain.
6.Facebook
Facebook mempunyai pengguna yang sangat ramai dan semakin meningkat dari hari ke hari..Kebanyakkan pengguna tidak menyedari meletakkan terlalu banyak maklumat pada akaun Facebook mereka..Gambar yang lengkap,tempat tinggal,keluarga terdekat,pekerjaan dan aktiviti semasa semua didehkan di laman sosial tersebut..Mudah bagi orang lain untuk mengetahui maklumat peribadi anda.Banyak kes dilaporkan mengatakan rumah mereka dirompak ketika mereka tiada di rumah kerana keluar bercuti..Perompak mendapat tahu pemilik rumah itu tiada di rumah setelah melihat Wall Facebook pemilik rumah tersebut mengatakkan "Saya sedang bercuti selama seminggu"...
6.Facebook
No comments:
Post a Comment